bersusah payah belajar bertahun tahun dari peringkat sekolah sehingga lah keuniversiti. Tentunya pelajar mengimpikan pekerjaan yang
boleh menjamin kehidupan diri dan keluarga sesuai dengan kelulusan yang ada, namun ada faktor yang mempengaruhi graduan untuk
memilih pekerjaan. Menurut Crow (1967) terdapat lima faktor yang mempengaruhi seseorang
Faktor faktor tersebut:
- Keupayaan, minat dan sifat individu dan sifat peribadi
- Mengenalpasti bidang pekerjaan yang ada dan syarat syarat yang dikehendakki
- Mempunyai kebolehan dalam sesuatu pekerjaan
- Mempunyai darjah minat yang tinggi terhadap aktiviti pekerjaan
- mempunyai keupayaan untuk mendapatkan kepuasan daripada pekerjaan yang diceburi
Daripada analisa setiap
individu dipengaruhi beberapa objektif apabila menceburi sesuatu
pekerjaan. Antara nya
- Mencari sumber pendapatan -
Setiap individu yang ada keupayaan dan berkelayakan harus bekerja
untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara diri, ibu bapa dan keluarga - Memenuhi minat -
graduan
mencari pekerjaan kerana memenuhi minat peribadi yang telah lama
tertanam
Bagaimana pun , ada individu yang minat selepas ia melaksanakan tugas - Menguji kebolehan - Bekerja bertujuan menguju kebolehan dan keupayaan yang ada
- Mencari kepuasan - Terdapat
individu yang bekerja semata mata untuk mencari kepuasan dalam hidupnya.
Dia akan puas dengan tugas nya walaupun pendapatan tidak seberapa. - Sokongan sosial - Setiap
pekerjaaan akan mempertemukan pelajar dengan individu
individu yang memiliki pelbagai latarbelakang. Persekitaran bekerja memberi sokongan
sosial dan emosi pada pekerja pekerja - Identiti dan harga diri -
Tidak dapat dinafikan bahawa pekerjaan yang diceburi
akan membentuk identiti seseorang. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa pekerjaan mengkategorikan
individu di miliki oleh kumpulan atau organisasi tertentu. Persekitaran kerja yang kondusif dan positif
membuatkan pekerja berasa dimiliki atau dipunyai oleh kumpulan tertentu. Kepuasan dalam pekerjaan
berkait rapat dengan peningkatan nilai harga diri seseorang individu - Mencari kedudukan - Faktor
ini dilihat menjadi penyebab mengapa seseorang perlu
bekerja. Pkerjaan yang dilakukan dilihat amat penting dan mempunyai pengaruh dalam masyarakat
Amir Awang(1983) berpendapat pemilihan kerjaya penting kerana dapat menentukan taraf dan kedudukan
dalam strata kehidupan bermasyarakat. - Memberi sumbangan - memberi
sumbangan kepada negara termasuk meningkatkan produktiviti,
kemajuan dan kemakmuran negara tampa mengira apa jenis pekerjaan yang diceburi. Samaada seseorang itu
eksekutif , pengurus, jurutera, guru, polis jururawat, pemandu teksi atau petani , semuanya memberi
sumbangan kepada negara. - Memenuhi tuntutan agama -
Agama Islam dan ajaran lain menuntut penganut masing masing
supaya bekerja dan mencari rezeki diatas bumi ini bagi meneruskan kehidupan . Bekerja itu satu
ibadat. Allah SWT amat suka kepada makhluk- Nya yang bekerja dan tidak suka kepada mereka yang
menganggur. Dengan bekerja dan mempunyai wang bakal graduan berupaya untuk memberi sumbangan dan
hadiah kepada orang lain yang memerlukan, di samping berbelanja ke jalan Allah SWT, zakat,menunai fardu
haji dan ibadat korban.
Dr Mohd Yahya Mohd Arifin(BH 7 Feb 2013)
Copyright © 2013 PKB™
No comments:
Post a Comment