Sektor Awam

Sektor awam

Maklumat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam saperti yang disiarkan dalam
media masa baru baru ini menunjukkan 1.1 juta pencari kerja yang berdaftar dengan agensi  itu sedang menunggu
untuk diserapkan dalam mana mana kementerian, jabatan atau agensi kerajaan tahun ini samada secara tetap atau
kontrak.
Pada masa ini perkhidmatan sektor awam didapati menjadi minat ramai  kepada pencari kerja. Dengan kata l lain ,
persaingan  untuk mendapat pekerjaan dalam sektor awam masa kini semakin hebat..
Mungkin bakal graduan  ingin mengetahui apakah kelebihan  yang diperolehi oleh pegawai dan penolong pegawai
yang menceburi jabatan awam. Walaupun gaji dan elaun nya tidak setanding sektor swasta, namun kelebihan amat
banyak diterima oleh penjawat awam sama ada ketika berkhidmat atau bersara.
Antara nya:

  1. Pekerjaan disektor awam lebih terjamin. Setiap pekerja dijamin dan dilindungi kerajaan.
  2. Gaji permulaan yang agak tinggi selain pelbagai elaun  saperti elaun khidmat awam, elaun  perumahan
    dan elaun sara hidup
  3. Kakitangan awam mendapat faedah saperti pinjaman pembelian rumah, komputer
  4. Bekerja 5 hari seminggu
  5. Cuti rehat tahunan dan cuti bersalin selain cuti menunai haji.
  6. Kemudahan rawatan perubatan di hospital atau klinik kerajaan..
  7. Calon boleh memilih skim pencen atau caruman KWSP.
  8. Setiap tahun ada bayaran bonus/imbuhan jika kewangan kerajaan mengizinkan.
  9. pegawai dinaikkan pangkat berdasarkan pengalaman, kecemerlangan perkhidmatan dan kekosongan
    jawatan.
  10. Berpeluang meningkatkan tahap akademik dan profesion melalui latihan dan pendidikan sehingga doktor
    falsafah.
  11. Khidmat pekerja mungkin dilanjutkan secara kontrak jika keperluan perkhidmatan diperlukan.
  12. Pegawai yang bersara bakal menerima sejumlah gratuiti.
  13. Pegawai bersara juga mendapat bayaran pencen bulanan.
  14. Pesara akan menikmati rawatan di klinik dan hospital secara percuma.
  15. Pesara kerajaan juga menikmati potongan bayaran untuk pengangkutan awam.
Dr Mohd Yahya Mohd Arifin(BH 21 Feb 2013)


Copyright © 2013 PKB™

No comments:

Post a Comment