Resume

Resume

Selain surat permohonan, perkara asas dalam setiap permohonan kerja ialah RESUME. Resume ialah satu dokumen bertulis ynag ringkas dan tepat menggambarkan peribadi,pendidikan dan kelayakan profesional serta pengalaman calon .Maklumat itu ialah komunikasi bertulis yang berfungsi sebagai dokumen pengenalan diri calon kepada bakal majikan dan memberi gambaran mengenai diri calon. Setiap resume harus mudah dibaca , kemas tulisannya selain menggunakan helaian kertas yang bersih. Maklumat mestilah tepat dan terkini. Panjang antara satu hingga dua halaman bergantung pada maklumat penting yang dimasukkan. Penulisan yang baik harus  di persembahkan secara tersusun, bermula dengan foto  calon yang diletak bahagian atas, di ikuti latar diri, pendidikan, pengalaman kerja, anugerah yang diperoleh, pembabitan kokurikulum dan diakhiri nama penyokong yang boleh memberi keterangan mengenai diri calon.

Penulisan harus mengikut urutan masa, sebaik-baiknya yang terkini didahulukan. Resume harus di tulis dalam bahasa inggeris kerana pihak swasta mengutama bahasa tersebut. Suka diingatkan supaya tidak memalsukan atau mengada adakan sebarang maklumat. Sebagai panduan berikut contoh resume:

Foto
Nama
No kp
Alamat
No Tel
Emel
Tarikh lahir
Jantina
Umur
Status perkahwinan
Warga negara
Status kesihatan
Pendidikan
Pengalaman bekerja
Anugerah dan pencapaian
Aktiviti
Kemahiran khusus
Penyokong

- Dr Mohd Yahya Mohd Amin


No comments:

Post a Comment