Membina Kerjaya Terancang

Kerjaya terancang
Menjalani kehidupan seharian memerlukan kita membuat pilihan sama ada dalam memilih kerjaya, membeli kereta atau membeli rumah.
Dalam apa pun pekerjaan yang perlu di ceburi atau di pilih, ia adalah pengalaman pertama yang akan seterusnya membentuk kerjaya kita
Tidak kira apa yang kita pilih , pupuk minat kerjaya yang diceburi dan pastikan kita menyayangi dan menyenangi kerjaya itu.
Adalah lebih baik kalau kita mempunyai bakat dan kebolehan dalam bidang yang diceburi.

Bukan sekadar gaji semata mata
Peranan kerjaya amat besar dalam kehidupan kita. Jadi, kita kena bersunggoh sunggoh. Kemajuan kerjaya akan menentukan kualiti kehidupan kita
Oleh itu rancang dengan betul. Ingatlah ! Setiap kali kita bertukar kerja, pastikan ia adalah langkah positif terhadap peningkatan
kerjaya bukan hanya setakat meningkatkan kapasiti pendapatan semata mata.
Walau apa pun pekerjaan pertama kita, gunakan pengalaman itu sebagai pengajaran asas untuk menjalani kehidupan dimana-mana tempat bekerja.
Tingkatkan kemahiran komunikasi, baik dalam bentuk penulisan mahupun percakapan kerana mereka yang bolih menulis dan bercakap
dengan baik , berkemungkinan berdaya maju dalam sesebuah syarikat
Amalkan kemahiran berinteraksi dengan semua kawan kawan di tempat kerja dari pelbagai peringkat.
Dapatkan tugasan yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kita. Dalam keadaan tertentu, ambil bahagian secara
sukarela dalam aktiviti untuk menonjol bakat kita.
Kita juga boleh membina kerjaya dalam syarikat yang sama sepanjang hayat atau bertukar pekerjaan dari satu syarikat ke syarikat lain. Sekiranya kita
ingin menukar pekerjaan, nilai dengan teliti dan berfikir secara mendalam, bagaimana pekerjaan baru boleh menambah
bukan hanya pendapatan sahaja, tetapi juga pengetahuan , kemahiran dan perkembangan kerjaya.
BH 19 Jan 2013
Copyright © 2013 PKB™

No comments:

Post a Comment